Sejak bayi telah dilantik menjadi Raja Muda pewaris takhta yang kedua selepas ayahandanya.
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang dputerakan pada 25 Jun 2016 adalah putera sulung kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Pemasyhuran Raja Muda diumumkan oleh Sulta Ibrahim pada majlis Istiadat sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-60, di Istana Besar, pada 22 November 2018 ketika berusia 2 tahun.5 bulan
Perlantikan Raja Muda Johor berdasarkan "hak dan kuasa yang termaktub di dalam Fasal 23 Bahagian Pertama dan Fasal 7(2E) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor, Raja dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja, dengan gelaranTunku Iskandar Ibni Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor.
"Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail adalah waris kedua kepada takhta pemerintahan kerajaan Johor iaitu orang yang menyusul kemudian daripada waris,” titah Sultan Johor.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim juga dilantik sebagai Raja Muda ketika berusia 22 tahun pada 8hb April 2006 oleh Nenda Baginda iaitu, Almarhum Tunku Iskandar Ibni Al Marhum Sutan Ismail. Ketika itu Ayahanda baginda Sultan Ibrahim adalah Tunku Mahkota Johor.
Kini Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail telah berusia 5 tahun.

Comments
Post a Comment